Search

Saya tersenyum sendiri melihat insan hebat seperti...

  • Share this:

Saya tersenyum sendiri melihat insan hebat seperti Saudara @fazleyjalal berkongsi screen capture kata-kata “Fak Faazley Yaacob” dengan kritikan konstruktif tentang recipe saya. Syukur Alhamdulilah, kerana insan sehebat beliau sudi berkongsi dengan khalayak.

Ramai yang screen-capture mengatakan bahawa sebagai “influencer” beliau tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian(berkongsi paparan chat, walaupun mungkin bukan dia yang menulis). Ramai juga yang forward kepada saya menyatakan “Melayu tak boleh tengok Melayu lain lebih”

Beginilah, saya yakin beliau berniat baik. Mungkin itu adalah cara beliau untuk menegur saya supaya berusaha lebih baik menghasilkan kek batik tersebut, mungkin juga ianya cara beliau untuk mempromosikan produk tempatan untuk support saya, mungkin juga ianya cara beliau untuk bergurau dengan teman2 beliau. Saya lebih gemar bersangka baik daripada mengambil hati

Saya, seperti dia, gemar memasak. Saya, seperti dia, gemar mencuba resipi-resipi baharu. Saya, seperti dia, gemar merakam video memasak. Dan saya, seperti dia gemar makanan.

Tetapi saya juga berpegang kepada prinsip saling sokong menyokong semua yang dalam industri yang sama. Saya bekerjasama dengan semua tak kira jenama besar atau yang tiada jenama sebab saya percaya dalam rezeki saya sebagai seorang tukang masak, ada rezeki orang lain juga, baik dari segi pembekal, pembungkus, penghantar, pembeli dan semua yang terkait dari titik A ke titik Z dalam proses penjualan makanan.

Saya sendiri agak segan untuk mengkritik hasil air tangan orang lain di media sosial. Kerana semua ada citarasa masing-masing kan? Malahan saya sendiri pun masih jauh perjalanan dan banyak yang saya sedang pelajari.

Prinsip saya tak suka tak apa. Tak sedap tak apa. Biar orang ramai yang bagi pendapat sendiri. Asalkan saya tidak berkongsi apa2 yang boleh melukakan hati sesama tukang masak atau baker

Terima kasih buat Fazley Jalal dan rakan2 beliau! Semoga kita semua kekal berusaha mencari rezeki yang halal di era pendamik yang sangat mencabar! Fazley Jalal, I’m your fan! I love your videos and will continue supporting you.


Tags:

About author
not provided